Fahami Kulit Anda

Seringkali berlaku produk penjagaan kesihatan dan kecantikan yang digunakan mendatangkan kesan sampingan atau reaksi alahan kepada kulit kita. Antara tandatanda reaksi disebabkan pemakaian produk yang tidak bersesuaian seperti kemerahan, kering, gatalgatal, timbul bintik-bintik, rasa perit dan timbul ruam.

Masalah itu jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan kerosakan pada epidermis atau lapisan pertama kulit. Malah, boleh menyebabkan kulit berparut, mempercepatkan proses penuaan kulit, timbul garisan halus dan kedutan.

Pakar Dermatologi, Klinik Procare

Dermatology, Dr Sharon Gopalan berkata, semua reaksi alahan itu adalah tindak balas imun terhadap alergen atau bahan pencetus kepada keradangan kulit dan alergen mungkin terdapat dalam produk penjagaan yang mengandungi bahan yang boleh memberi kesan buruk kepada kulit.

“Namun, sikap pengguna yang tidak memahami keadaan kulit sendiri sama ada normal, berminyak, kering dan sensitif sebelum memakai produk tidak sesuai dengan jenis kulit itu yang mengundang musibah.

“Kita mungkin alah pada bahan tertentu atau campuran bahan dalam produk, tetapi biasanya maklumat kandungan akan dinyatakan pada label produk dan sebagai pengguna kita wajar meneliti terlebih dulu sebelum membelinya.

“Kesan sampingan kepada kulit mungkin berlaku disebabkan kita menggunakan produk yang salah terhadap jenis kulit, memakai banyak produk dengan bahan yang kuat pada masa sama atau memakai produk untuk menanggalkan kotoran yang mengandungi bahan penghakis,” katanya.

Dr Sharon berkata, asas dalam penjagaan kulit apabila pengguna perlu mencari produk penjagaan yang berkesan mengikut jenis kulit mereka termasuk produk yang boleh membantu proses pengelupasan kulit disebabkan sel kulit mati setiap 24 jam dan kekal pada kulit jika tidak dibuang.

Menggunakan produk yang mempunyai pelembap juga membantu mencegah dan merawat kulit kering. Produk dengan pelembap juga melindungi kulit sensitif, membaiki tona dan tekstur kulit serta mensamarkan cela.

PENCUCI tangan jenama Guardian yang diuji secara dermatologi selamat digunakan. Produk yang mempunyai label diuji dan terbukti secara dermatologi bermaksud ia sudah menjalani ujian toleransi barangan iaitu ujian tampal dijalankan pada kulit manusia…

Keadaan kulit kita juga boleh berubah mengikut usia, hormon, pemakanan dan banyak faktor lain. Oleh itu, produk penjagaan yang sesuai digunakan sebelum ini mungkin tidak lagi sesuai pada peringkat usia berbeza.

“Apapun, yang penting pengguna perlu memilih produk yang dipercayai dengan memeriksa terlebih dahulu adakah ia benarbenar diuji dan terbukti secara dermatologi. Amat penting juga pengguna memahami arahan tidak memakai sesuatu produk jika mempunyai alahan kulit atau mengambil ubatan yang boleh menyebabkan reaksi kulit.

“Produk yang mempunyai label diuji dan terbukti secara dermatologi bermaksud ia sudah menjalani ujian toleransi barangan iaitu ujian tampal dijalankan pada kulit manusia tanpa sebarang masalah keradangan atau tindak balas yang negatif.

“Ini juga bermaksud produk sedemikian yang boleh digunakan tanpa masalah adalah pilihan lebih selamat terutama apabila mencuba produk baharu. Pengguna juga dapat ketenangan jiwa apabila tidak perlu khuatir mengenai kesan sampingan sesuatu produk yang sudah menjalani ujian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif

Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Soren Lauridsen berkata, pihaknya memilih kandungan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi dengan penuh teliti ketika merumus formula produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dengan jenama Guardian.

“Semua label yang dinyatakan disahkan melalui dokumen sokongan bagi memastikan kami dapat menawarkan produk yang selamat, diuji sebaiknya, terbukti dan memenuhi ciri-ciri yang dimahukan oleh pengguna

“Semua label yang dinyatakan disahkan melalui dokumen sokongan bagi memastikan kami dapat menawarkan produk yang selamat, diuji sebaiknya, terbukti dan memenuhi ciri-ciri yang dimahukan oleh pengguna

“Malah, produk jenama Guardian juga mematuhi setiap peraturan badan berkaitan di semua negara kami beroperasi,” katanya pada majlis memperkenalkan produk jenama korporat Guardian yang ditambah baik merangkumi penjagaan bayi dan kanak-kanak, mandian dan badan, kapas dan pengelap, penjagaan gigi dan barangan kesihatan lain, baru-baru ini.

Guardian juga membangunkan sistem pengurusan Tiga Langkah Kualiti bagi memastikan semua produk jenama korporatnya dapat menawarkan kecemerlangan, keselamatan, kualiti dan mematuhi peraturan ditetapkan.

Semua pembekal mesti melepasi audit kilang profesional pihak ketiga sebelum mendapat kelulusan untuk mengeluarkan produk jenama Guardian. Pemeriksaan kualiti dan keselamatan mandatori akan dijalankan sebelum produk dipasarkan.

Akhir sekali, semua pembekal akan dipantau menerusi audit kilang pihak ketiga secara berterusan. Pemeriksaan dan pengawasan akan dijalankan terhadap produk di kedai bagi memastikan ia konsisten dan selamat.

This is an original article written by Harian Metro.

Scroll to Top